Thursday, 4 October 2012

Pengubat Kesunyianku di UPM..

Assalam..lame sudaa x post ape2 kt blog nh...Maklumla VVIP..(PERASAN jer lbh)..hehe..=)
Anyway..sbnarnye tataw na  cter ape pon dlm entry nh...Cumenye na sharela sape kwn2 sye..Buddies,and also BFF sye kt UPM nyh..hehe...kteorng terdiri daripada 6 orang termasok syela 2..Emm dlm kalangan kteorng yang paling akak skali adlah noor fharaheen razali a.k.a fara..dye x bg kteorng pggil dye akak even umo da 22 snanye..nh pic dye...dye nh mmg agk sporting dan gile2...wloupn dye sbnrnye akak tp dye nh lgla kanak2 ribena drpd kteorng yg adik2 nh..hehe..
Seterusnye..nurul hazimah wagaman a.k.a kak gimah..actually kak g ngn fara satu poli dulu...hehe..kak g nh kre ktua kluarga kteorng mrngkap mcm emakla..sporting..good listener and advicer..sgt baik...sme jgk mcm fara gile2 jgk tp dye xla kanak2 ribena sgt ea...matang itu iye...kak g nh da x sbr na kawen..maklomla bunga lili pon kat upm...hehe...nh pic kak g :
ok skrng kte cter yang umor 20 thn plak...dlam kteorng berempat..complete ye bak kate lili ad yg matang( fath), alim ( ainie ), kecik ( ain ) dan besor ( tika ) hehe..antara berempat nh yg hrop oksigen bumi nh adla nurain bt mohamed@abdul talib...orng air twr 4 nh..hehe...bdn dye kecik je n x bpe na mtng sgt...ske shopping ea dak kck nh..plng ske bli baju ngn jam..dye nh x pndai na mrh orng sgt..klw orng lain kne mrh dye yng nangis...hehe..cengeng btol..tp itula ain..ok nh pic ain..
lps ain..yg lhr adla fath..tp xyahla cter psal fath..wewewe...ok after fath lhr,, 3 ari kmudian iaitu 27.april.. lahirnye puteri yg dbri nme nurul aini abdul halim..aini nh orng bota kiri, perak..dye nh pendiam..alim jgkla..baik..bile dtg kple gile2 dye..haa tedia bru nmpk dri dye cmne...hehe...aini nh jenis x bpe na ske amek gmbo..tp adla jgk gmbr2 dye sikit2..hehe...aini yg bawak fath msok PEMBINA a.k.a Persatuan Belia Islam Nasional..Tq aini..=)
ok..lastly adik kteorng...wloupn fzikalnye mcm akak sbnrnye...hakikatnye dyela adik..lhr 31.okt..msh 19 dye nh..hehe..nur atikah wahid a.k.a tikaya...huhu..tika nh ske pndm orngnye..tp bile dye da sembur..haa amek kau mcm pluru berpndu..x smpt na tngkap ape dye ckp...hehe..tp dye nh baik..bole msok je ngn ape2  lg2 bab makan..hehe...Tika nh belangkas ain..kalau ain xde ue..rse x complete hari dye 2..huhu..ni dye tika wahid..
Inila mke2 orang yg mwrnai idop sye kt upm nh...kteorng ber6 nh spesis langgar kemik je..brani buat brani tnggung..hehe..hari2 klw x bergelak ktwe smpai pcah prot mmg x sah,,,tp wlopn gile2...urusan dengan Allah ttp didahulukan..saling mnshati dlm urusan agama..Alhamdulillah, itula namanye SAHABAT SAMPAI SYURGA..InsyaAllah..sblom mate nh jd lbh parah,,,,sye srtakan skali bbrpe gmba sem1 dan sem2 kteorng,,gelagat bsama..hehe..InsyaALLAH 4 thnkt snh...nhla mke2 yg wat hari2 sye ceria...=)

Nhla dye antra gmba2 gile2 yng smpt dirakamkan...smoge ukhuwah kte diberkati Allah..Insyaallah..sayang korang erat-erat n ketat-ketat..huhu..=)

wallualam..
Sekian..=)



Tuesday, 3 July 2012

.:NoVeL..nOvEl..NoVeL:.

Assalamaualaikum....hurm hri nh rse ringan tgn na wat entry bru dlm blog nh disebabkan KEBOSANAN..huhu...Sekarang fath berada di UTM skudai...dalam bilik membe fath name dye Dayah...hehe..saje lepak-lepak kat utm nh..Well hobi fath memang ske bace novel..kat umah adla dalam berbela-belas novel yang fath da bace..Style fath bace novel senang je...kengkadang sehari pon da abes..hehe...Tapi sebenanye fath juga menyukai novel islamik contohnye SALJU SAKINAH..best jalan ceritanya..berkaitan cinta dengan Allah melebehi cinta sesama manusia...=)

Ni dye novel salju sakinah..Best seller ue..novel nyh akak fath bagi adiah besday..best sgt,,=)
Haa nh na cerita satu lagi novel yang fath baca baru-baru nh..Tajuknya CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU..hasil karya Dr Farhan Hadi dan Fatimah Syarha... Ya Allah best sgt bace novel ni..memang sesuai untuk remaja yang baru na kenal erti cinta..Macam mana kita na jaga hati kita supaya mencintai Allah adalah cinta yang utama...

haa ni yang dianamakan cinta high class.,jom same2 kita carik cinta nh ye..=)
Fath tataw na cakap cmne pasal cter nh..tp memang serius sangat best..Kengkadang bile baca fath pon muhasabah diri fath jugak...Kita masih terlalu muda untuk mengejar cinta manusia sedangkan cinta ALLAH susah kita nak gapai..btol x?? hehe..so..kite sama-sama berubah kearah lebih baik..INSYAALLAH..

p/s: ad masa belilah novel nh..=)

Selamat membaca..
Wassalam..=)


Wednesday, 27 June 2012

.:BuLaN SyAaBaN:.

Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah memasuki bulan Syaaban..lepas ini Ramadhan pula...Semoga amalan kita di bulan-bulan baik ini semakin berlipat ganda..Insyaallah...Entry kali ini saya na berkongsi mengenai bulan Syaaban..Selamat membaca..
Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

.:SeBuAh HaKiKaT:.

Assalam..sudah lame tidak menulis dalam entry blog nh..memang aku bukanlah seorang yang pandai mengarang ayat sekadar berbasi-basi sahaja.. Emm hari nie aku na bercerita tentang sebuah hakikat dalam hidupku..emm aku disekolahkan di Sek Menengah Agama..Dikelilingi dengan biah solehah..ALHAMDULILLAH..Tapi itu zaman sekolahku bila menjejakkan kaki ke Universiti..Mulalah terikut-ikut dengan gaya moden..Dulu cantik bertudung labuh..tertutup litup ikut sunnah..Bila dah habis setahun pengajian nh tibe-tibe hatiku terbuka untuk kembali mencari diriku yang dahulu..Yang cantik bertudung labuh..selalu membasahkan bibir dengan ayat-ayat ALLAH..Al-Quran menjadi sahabat karibku..Selalu berDATING dengan ALLAH..solat sunat juga rajin...Ya ALLAH terlalu banyak benda yang aku dah lupakan dek kerana leka dengan Duniamu..Insyaallah aku akan mula balik sedikit demi sedikit..Semoga Allah sentiasa memberiku kekuatan..Amin...
Semoga bila aku bertudung labuh...orang sekeliling tidak memandang serong kepadaku..Insyaallah.. 

Tuesday, 22 May 2012

Salam Rejab..=)

Assalamualaikum...Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan dapat menjengah kembali bulan REJAB yang mulia ini...=)..emm hari ni saya ingin memberikan sedikit perkongsian mengenai bulan REJAB ini...semoga sama-sama dapat mengambil iktibar...=)


Pengertian Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm. 

 Wassalam...

Friday, 10 February 2012

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

Assalamualaikum...
erm..hari nyh sye ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai kelebihan surah al-ikhlas...Surah al-ikhlas merupakan surah paling senang nak hafal tapi malangnye kite hanya taw hafal je tp kte x pernah na explore kelebihan yang ada pada surah itu..so hari nh sye na berkongsi sedikitla ilmu yang sye taw nyh..Insyaallah memberi kebaikan untuk semua...
antara kelebihannya ialah...
APABILA SESEORANG ITU MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEBANYAK 100 RIBU KALI..MAKA ALLAH AKAN AMPUNKAN SEGALA DOSANYA BERSAMAAN DENGAN 100 RIBU TAHUN...
ermmm...besarkan pahalanya yang kita akan dapat dengan hanya mengamalkn surah al-ikhlas...
sye na tambah stu kisah dizaman RASULLUAH S.A.W...
Rasulluah S.A.W bertanya pada para sahabat dalam satu majlis ilmunya..pertanyaannya adalah ADA SESIAPA DIANTARA KALIAN YANG DAPAT MENGKHATAMKAN AL-QURAN DALAM MASA 2-3 MINIT??? kemudian Saidina Osman mengangkat tangan dan berkata Ya Rasulluah sesungguhnya mustahil bagi kami untuk mengkhatamkan al-quran dalam masa sesingkat itu..Rasulluah hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Saidina Osman..Kemudian Saidina Ali pula mengangkat tangan untuk memberikan jawapan akan tetapi Saidina Osman menerangkan kembali soalan yang diajukan oleh Rasulluah kepada Saidina Ali kerana dia sangka Saidina Ali tidak faham akan persoalan itu kerana pada waktu itu, usia Saidina Ali masih kecil..Akan tetapi Saidina Ali menjawab soalan Rasulluah itu yang berbunyi..bacalah surah AL-IKHLAS sebanyak 3x..Rasulluah pon menganggukkn kepalanya dan berkata benarlah jawapan Saidina Ali itu...Begitulah kisahnya...

Besarkan kelebihan surah AL-IKHLAS...oleh itu selamat beramal...:)

Wednesday, 25 January 2012

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih keterampilan, juga sebagai melaksanakan sunah yang dianjurkan Islam.. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan "bala" pula kepada kita. Ini sama seperti pesan RASULLUAH lewat hadis baginda.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulluah bersabda yang bermaksud,
     Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang( kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim ) dan wanita yang mudah dirayu, jua suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang jauh.
                                                                                                               ~sahih Muslim~
Malah dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapatkan izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulluah seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita datang bertanya kepada Rasulluah, "Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?"

Balas Rasulluah, orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu( penuh dosa ).
                                                                                                                ~sahih Muslim~

RENUNGKAN..ada seorang anak raja, kita panggilnya putera raja, ayahnya maharaja...tapi kalau ayahnya meninggal kita panggil apa putera raja itu???ANAK YATIM...

MORALNYA...kedudukan kita sama saja disisi ALLAH..hanya keimanan dan ketaqwaan yang membezakan kita...RENUNG dan FIKIRKAN...