Wednesday 25 January 2012

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih keterampilan, juga sebagai melaksanakan sunah yang dianjurkan Islam.. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan "bala" pula kepada kita. Ini sama seperti pesan RASULLUAH lewat hadis baginda.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulluah bersabda yang bermaksud,
     Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang( kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim ) dan wanita yang mudah dirayu, jua suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang jauh.
                                                                                                               ~sahih Muslim~
Malah dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapatkan izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulluah seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita datang bertanya kepada Rasulluah, "Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?"

Balas Rasulluah, orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu( penuh dosa ).
                                                                                                                ~sahih Muslim~

RENUNGKAN..ada seorang anak raja, kita panggilnya putera raja, ayahnya maharaja...tapi kalau ayahnya meninggal kita panggil apa putera raja itu???ANAK YATIM...

MORALNYA...kedudukan kita sama saja disisi ALLAH..hanya keimanan dan ketaqwaan yang membezakan kita...RENUNG dan FIKIRKAN...

No comments:

Post a Comment