Wednesday, 27 June 2012

.:BuLaN SyAaBaN:.

Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah memasuki bulan Syaaban..lepas ini Ramadhan pula...Semoga amalan kita di bulan-bulan baik ini semakin berlipat ganda..Insyaallah...Entry kali ini saya na berkongsi mengenai bulan Syaaban..Selamat membaca..
Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

.:SeBuAh HaKiKaT:.

Assalam..sudah lame tidak menulis dalam entry blog nh..memang aku bukanlah seorang yang pandai mengarang ayat sekadar berbasi-basi sahaja.. Emm hari nie aku na bercerita tentang sebuah hakikat dalam hidupku..emm aku disekolahkan di Sek Menengah Agama..Dikelilingi dengan biah solehah..ALHAMDULILLAH..Tapi itu zaman sekolahku bila menjejakkan kaki ke Universiti..Mulalah terikut-ikut dengan gaya moden..Dulu cantik bertudung labuh..tertutup litup ikut sunnah..Bila dah habis setahun pengajian nh tibe-tibe hatiku terbuka untuk kembali mencari diriku yang dahulu..Yang cantik bertudung labuh..selalu membasahkan bibir dengan ayat-ayat ALLAH..Al-Quran menjadi sahabat karibku..Selalu berDATING dengan ALLAH..solat sunat juga rajin...Ya ALLAH terlalu banyak benda yang aku dah lupakan dek kerana leka dengan Duniamu..Insyaallah aku akan mula balik sedikit demi sedikit..Semoga Allah sentiasa memberiku kekuatan..Amin...
Semoga bila aku bertudung labuh...orang sekeliling tidak memandang serong kepadaku..Insyaallah..