Wednesday 18 January 2012

bIcArA tEnTaNg CiNtA

Assalam...emm hari ni ana saje ingin berbicara mengenai cinta..
Allah S.W.T menciptakan makhluknya berpasangan supaya mereka( makhluk ) dapat merasai nikmat kehidupan.. Allah sertakan juga perasaan kasih dan sayang kepada mereka agar mereka dapat rasa erti cinta sebenar..Tapi jika mereka takabbur dengan pemberian itu,, Allah akan butakan hati mereka dan mereka tidak akan kenal erti kasih sayang sebenar kerana kasih sayang adalah satu sifat mulia yang dimiliki oleh para Malaikat..CINTA juga merupakan satu cahaya yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya dan perasaan cinta juga merupakan fitrah bagi manusia..CINTA juga mahal takrifnya lantaran ia adlah fitrah oleh Allah kepada hambanya..CINTA hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahirnya..Kerana CINTA itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya..Tidak salah untuk mencintai manusia tetapi jangan melebihi cinta kita kepada AL-KHALIK kita...kerana apa??kerana DIA yang menciptakan kita di dunia...DARIPADANYA KITA ADA DAN KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI..cintakan bunga akan layu..cintakan manusia akan mati dan CINTAKAN ALLAH KEKAL ABADI..inilah CINTA yang HAKIKI..ana juga sedang memperbaiki diri ana untuk menggapai cinta yang hakiki ini..sebagai manusia ana tidak boleh lari daripada rasa cinta kepada manusia..ana akui itu..kerana ana menerima fitrah yang Allah telah campakkan dalam diri makhluknya..Justeru itu sebagai hamba..ana akan sentiasa perbetulkan niat dan memperbaharui iman dalam diri ana..INSYAALLAH..doaku agar semua sahabat-sahabat dapat merasai nikmat cinta yang hakiki dapa AL-KHALIK kita..INSYAALLAH..akhirul kalam..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment